CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, 30 November 2008

Nak everyone dapat eternal happiness kat akhirat, without being pushy... tak suke pun jadi pushy...camne tu?

in the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful :)

* seorang muslim adalah pelajar yang mempelajari agama, pelaksana yang mengamalkannya, sekaligus tentera yang berjihad. seorang muslim tidak sempurna keislamannya, kecuali mempunyai ketiga-tiga kriteria ini secara utuh *
[Imam Hasan al-Banna]

hmmmm...sounds berat....
memang pun, Nabi kalau nak terima wahyu, sampai berpeluh-peluh, kadang-kadang rasa seperti kedengaran bunyi loceng yang kuat...tugas khalifah ni, Tuhan nak beri dekat malaikat, malaikat taknak, Tuhan nak beri dekat gunung, gunung pun hancur...

saya selalu hadapi kesukaran...rasanya semua orang yang ingin memanggil orang kepada jalan Allah akan melalui cabaran ini...

which is : Nak sangat-sangat share beban dakwah bersama-sama orang lain... nak sangat-sangat bagi tahu kepentingan agama pada orang lain... nak sangat sangat bagitahu besarnya risiko untuk kita ni dihumban ke dalam api neraka kalau tak bersungguh-sungguh dalam beragama...

BUT at the same time, nak kena faham, orang zaman sekarang tidak biasa bersusah-susah... bersusah-susah untuk semua perkara yang lain takpe...especially studies... tapi kalau agama ni, slow-slow pun takpe...mati kan lambat lagi...lek lek lu... pastu nak kena pikir betul-betul nak susun-susun ayat ni,,, camne nak bagitahu kat kawan-kawan kita ni supaya tak nampak drastik sangat, tak nampak pushy sangat... kang kalau seems a lil bit pushy je...terus diorang nak lari...hehehe...jangan rase stress pulak baca... saje je share dilema...

padahal benda yang kita nak sampaikan tu sepenting-penting benda... sebenar-benar benda... yang kalau tak difikir-fikirkan... Tuhan warn dengan everlasting hellfire... sebesar-besar benda untuk dibimbangkan...

I find it really weird...weird with myself la...weird nape...takut sangat nak tegur-tegur certain issue yang sensitif.... but weirder still is the fact that a muslim who knows basic things [suruhan and larangan] on agama and yet tak nak buat...only basic-basic things... bukan nak suruh berdakwah or berjihad or tahajud or puasa sunat lagi... but simply buat yang wajib and tinggal yang haram... no offence to anyone... but I find it weird...

weirdesst still..orang lain yang tolong risau for kita...kita tak fikir pun pasal the prospect of being doomed into the hellfire....

hikmah dalam beragama dan berdakwah itu perlu, tapi jangan sampai membantutkan atau melambatkan usaha memanggil manusia kepada Allah.

sampai bila kita nak takut-takut....takut sangat orang kata kita ni 'ala kakak tu,konon, cam alim and baik sangat...padahal banyak je kekurangan'... takut sangat kalau kawan kita tak suka dekat kita...takut sangat orang kecam kita...Kalau Nabi nak fikir takut orang tak suka dekat dia...mmg dia takkan boleh berdakwah...but kalau kita tengok, saudara-mara Nabi adalah antara penentang Nabi yang paling keras...

Kita tak kesian ke dekat kawan-kawan kita yang seagama,,,, tak kesian ke kalau mereka mati dalam keadaan tidak faham akan agama... and yang paling paling penting... kita tak kesian ke, kalau dia masuk neraka... sebagaimana kita taknak hurt dia dekat dunia ni... sebagaimana itulah kita tanak dia hurt dekat akhirat nanti....

kita sendiri pun tak tahu sama ada usaha kita ni diterima Allah... tapi sekurang-kurangnya kita tahu, kalau kita cuba mencontohi dan menyambung usaha Nabi, insyaAllah akan ada bahagian buat kita di sana, sebab Tuhan takkan mungkir janji[dengan syarat purely for Allah...hoho...ni pun bukan senang]....pendek kata... mmg tiada mudahlah...

sama-samalah kita muhasabah...hisab diri... setiap hari ada saja berita kematian...
berita kematian itu adalah surat notis buat kita...menandakan tak lama lagi giliran kita pula untuk dipanggil berjumpa dengan Raja pemilik sekalian alam.

here's a video for all :




Wallahua'lam.

Thursday, 27 November 2008

In the name of Allah, the Most Gracious and The Most Merciful :)

tagged by: Erwina&Iman :D

Answer the question below, do a Google Image Search with your answer. Take a picture from the 1st page of result. Caption it with minimal words of explanation. Tag 5 people to do the same once you've done.

__________________________________________________

The age you'll be on your next birthday




woohoo...22!23 dah grad insyaAllah...!
kalau dah 23, boleh buat ape yeh?

Place you want to travel to



Mekah and Madinah.ameeeeen. and any islamic historical sites.



*tropical rainforest* nature.nature.nature.
nak je. tak boleh pun rasa. macam susah je nak g rainforest.


My favourite place

bilik yang cantik dan kemas dan indah berhias makes me HAPPY

Your favourite food

dapnye...maggi tomyam...

Your favourite pet

hello kitty kitty. you're sooo sooo cute and cuddly.

Favourite colour combination

ini adalah shade of colours that I find weely nice..
but banyak je lagi combination colours lain that i find nice...


Favourite all time song


a wide variety of songs including nasyeed.
but *autumn in my heart-Reason&Prayer* is my all the time favourite.

The city you're living in

Cardiffff, UK

Terengganu!!!obsesi terengganu tak habis-habis. heh~

Your screen name/nickname

N i s y a n a


Your first job


Hamba Allah. forever.

Your dream job


a jolly, kind-hearted and loving Miss Anis :)

One habit that you have



Muka takde perasaan. orang cakapla. masam.



Worst fear


Allah. My creator, My Sustainer, My Guider.

Things you would like to do before die






*educate.learn.teach.grow.volunteer*

Wina and Iman. Anis tak jawap semua.
ada tinggal 2,3 soklan. takpe yeh?

Questions that I didn't answer:
Your favourite piece of clothing
Favourite TV shows
The first thing you'll buy if you get 1,000,000


I aint tagging ne one.

have a pleasant and blissful friday to all. insyaAllah :)

Monday, 24 November 2008

in the name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful

.....kamu sekalian tidaklah seperti wanita lain ,
JIKA kamu bertakwa...........

[Al-Ahzab :32]

Taqwa : Fear of Allah and being aware that Allah is watching us in whatever we do.

It is not the mere action or physical motion that will reach Allah but only the feeling of taqwa or fearing Allah that will reach Him. Berapa ramai orang yang berpuasa tapi hanya mendapatkan lapar dan dahaga...why.....absence of taqwa....apakah yang membezakan haji mabrur dan juga haji yang tidak mabrur....taqwa....berapa ramai orang yang bersolat tapi dalam keadaan yang lalai, dan kemungkinan solat itu tidak diangkat dan diterima Allah... berapa ramai....again, the absence of taqwa in the hearts...

But eventhough it is so, our actions reflect our taqwa inside. maka jangan dipandang enteng kepentingan beramal soleh.
taqwa(hasil keimanan) dan amal mesti berjalan seiringan, hand in hand :)


alangkah pentingnya taqwa and yet, not many are taking their deepest and greatest effort in cultivating taqwa in the hearts, making it grow firm in the hearts...not many.... pray to Allah so that we are placed among the God-fearing in the congregation of mankinds soon.... mahsyar... mahsyar...

Di padang mahsyar kelak, barulah kita akan tahu, sedar, dan ingat dan menyesal.... pentingnya taqwa and pentingnya melakukan ibadat-ibadat based on taqwa, pentingnya keimanan...
kerana padang mahsyar itu tempat kita menerima kemurkaan Allah... murkanya Allah pada kita kerana kita melupakan Dia, mensyirikkan Dia, mengutamakan sesuatu selain Dia....tempat kemurkaan Allah itulah yang sedang kita tujui...yang mana siang dan malam kita sedang berjalan, bergerak menuju ke tempat itu. and yet kita masih bersenang-lenang.... masih relax-relax...complacent-complacent...

padang mahsyar itu destinasi yang pasti... kenapa tiada bersedia?
perancangan-perancangan untuk musim cuti yang akan datang (e.g winter break di U.K) belum pasti sempat kita lalui... tapi kita bersungguh-sungguh merancang, seolah-olah mmg kita pasti akan menjalani aktiviti-aktiviti yang dirancang... the issue is not about salah atau tidak merancang... sangat patut merancang....

tapi saya ingin membawa perbandingan supaya...kita lebih hebat lagi dalam merancang untuk persediaan-persediaan ke padang mahsyar(tempat yang PASTi ditempuhi), tempat kita dijemur dan digiring di bawah panas mentari sejengkal di atas kepala... saat dibanjiri peluh...saat tidak diendahkan Tuhan...

ingin dikemukakan di sini bahawa; padang mahsyar kelak adalah tempat denda semua orang... belum hisab lagi time tu... tak kira lagi amalan-amalan time tu, neraca timbangan and mahkamah tak bukak lagi... denda je dulu semua...dan sangatlah lamanya kita akan berada di padang mahsyar tu...dalam condition kita sekarang ni(am talking bout myself, and kalau anda juga terasa, bagusla), condition kita sekarang ni... amatla pasti,confirm, akan menerima denda yang tidak tergambar di mahsyar kelak.kerana kita tidak cukup bertaqwa pada Allah.

7 golongan yang akan diberikan lindungan di mahsyar kelak. disebabkan taqwa mereka :

1. pemimpin yang adil
2. mereka yang berkasih sayang dan berpisah kerana Allah.
3. pemuda yang terikat hatinya pada masjid
4. mereka yang mengingati Allah pada malam hari lantas menangis kerana takutkan Allah
5.
6.
7.

lupa dah 5, 6 dan 7.

bring ourselves to account before account is taken for us.

p/s: kepada wanita-wanita. mari kita cuba menjaga aurat dan akhlak. janganlah perasaan malu dikatakan baik dan tampak muslimah menjadi batu besar penghalang kita dari menjadi lebih muslimah dan solehah. kerana Allah cintakan kebaikan. saya amat lemah dalam berakhlak dan menjaga aurat(kerana saya juga malu dianggap baik, kadang-kadangla). tapi saya yakin dengan janji Tuhan saya, dan saya tahu berakhlak dan menutup aurat itu yang terbaik buat diri saya. JADI saya ingin cuba jadi yang terbaik buat Tuhan saya.mari...mari...insyaAllah :)

p/s 2: am just back from daurah(gabungan usrah) di birmingham. alhamdulillah. anyway, here's a link to my sahabat's blog. she has written more bout the daurah, its ambience and its pengisian in her blog : Erwina,my companion in this so-called 'medan dakwah' of mine :)

wallahua'lam.

Wednesday, 19 November 2008

in the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.

I've been busy. sampai nak baca buku agama pun tak sempat. nak dengar kuliah agama pun tak sempat. jadi tak tahu nak remind ape.
anyway, I've got myself two books-
companions of the prophet volume 1 and 2.
I love love love it.

I just wanna highlight on the topic of boredom.

in life, after some time, people usually get bored of the same thing or the same design or the same person or the same t-shirt.
just like me getting bored of the old blog background and here comes the new one. I'm liking it for the moment..rasa comey ngat but surely in a few months time I'll get bored of this background.

same thing goes for pakaian...when you decide to buy the baju, you feel that the baju suits you so much(regardless whether it's simple, or elegant, cheap or expensive, funky or bosan) but you still like it and decide to buy it. pastu....lame-lame jadik bosan... nampak biasa je baju tu...

that's why when me and my sister went shopping for baju raya...
i said to her : takyah ah pilih-pilih sangat...tak nampak ke baju dalam almari tu seme biase biase je and tak cantik mana pun bile dah lame lame....huhu...
coz eventhough we thought that we did our best in selecting and shopping for the best baju...in the end lama-lama, nampak biasa je... faham ke? lama-lama baju tu tak lawa dah pon pada mata kita...TAK FAHAM PUN TAKPE JE :) TAK PENTING PON. KAKCHIK SORANG JE WAJIB FAHAM. coz tak tahu dah nak explain camne ape yang saya pikirkan ni.

as in, bile bukak almari baju tu...seme baju nampak biasa je...padahal masa nak pilih, bukan main lagi..and mase beli rase cam bess sangat baju tu...taktau lah org lain... but it is a common thing for me to open my almari baju and finds that seme baju cam biasa2 je...huhu... so, kesimpulannya... takyah ah susah susah sangat pilih baju raya or apa jua baju... hehe...buat penat jer...(PILIHLA JUGAK, tapi jangan ah choosy sangat)

i think the same thing goes for the husbands... initially they feel that the wife is their soulmate, their everything... and last-last bosan, rasa cam wife serba tak kena..burukla apela.. padahal wife jadik buruk sebab dah lahirkan anak, and banyak sangat kerja rumah...
it is very very surprising how husbands yang sangat sangat cinta kita initially suddenly sangat sangat cinta orang lain. hmm.

so, that's all that I wanna say...

and the cure to all boredom is the feeling of gratefulness towards Allah, the Sole Giver. and tengok and pikir and renung pasal the less fortunates. and pikir and rancang and usaha nak tolong the less fortunates.
boredom only occurs here, in this temporary world and would not be experienced by penghuni penghuni syurga...based on my understanding,,
Allah keeps the heaven as a place full of surprises... we won't feel bored at all. at all.there.

wallahua'lam

:D

Monday, 17 November 2008

*r a n d o m reminders*

in the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful :)

barangsiapa sulit bangun malam... Hasan al-basri mengatakan bahawa dosa-dosa kita membelenggu jiwa kita... :(

waspadalah kepada kemewahan kerana hamba-hamba Allah bukanlah orang-orang yang mencari kemewahan.

Tuhanku, bagaimana aku kecewa, selagi Engkau adalah harapanku,
atau bagaimana aku terhina selagi aku bertawakal padaMu.

oh. one of my good friends demam. remember dear friend, that our body is designed in such a way that it is weak and helpless and prone to cut and wound and sickness. Allah made it that way so that we cling cling cling to Him. and I remember reading somewhere,that when we're sick. Allah turunkan malaikat extra that is specifically assigned to write whatever that comes(or blurted) out of our lips. whether we glorify Him and cry for Him or we moan and fret. God bless you and get well soon insyaAllah :)

wallahua'lam.

Saturday, 15 November 2008

*senarai kesyukuran~

in the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful

saw two people doing this list in their blog...nak buat jugak, boley ? :)

eventhough senarai kesyukuran is a never ending list... I'll try and list out as much as I can...

counting my blessings...ready, set....go..!

1. saya bersyukur kerana masih lagi dihidupkan oleh Allah hari ini
2. saya bersyukur kerana saya masih mempunyai bilik yang pada pandangan mata saya, cantik dan menenangkan.
3. saya bersyukur kerana saya masih mempunyai privacy dan personal life.
4. saya bersyukur kerana mata saya masih boleh melihat, lidah saya belum kelu untuk berkata, telinga saya masih dapat mendengar dengan jelas.
5. saya bersyukur saya masih dikurniakan peluang belajar dan juga minat yang mendalam untuk belajar.
6. saya bersyukur saya gemar pada bunga-bungaan
7. saya bersyukur masih dapat menggunakan dua kaki untuk berjalan ke mana-mana walaupun saya mudah untuk penat-penat.
8. saya bersyukur dilahirkan di dalam keluarga Abdul Latif. dengan ibu itu, bapa itu, abang itu, kakak-kakak itu.
9.saya bersyukur bahawa saya tidak pernah terfikir 'bestnya kalaulah aku dilahirkan dalam keluarga lain dengan ibu bapa yang lain atau adik beradik yang lain'
10. saya bersyukur kedua-dua kakak saya adalah pembaca tetap blog saya :)
11. saya bersyukur kakak saya mempunyai 3 anak yang semuanya cute cute dan cherish me as their auntie cuya.
12. saya bersyukur ketiga-tiga adik beradik saya telah berkahwin.
13. saya bersyukur kerana saya mempunyai backpack yang cantik.
14. saya bersyukur kerana saya mempunyai minat yang mendalam tentang islam.
15. saya bersyukur saya mempunyai ibu bapa yang sentiasa berusaha mendalami islam.
16. saya bersyukur saya menyukai bulan ramadhan
17. saya bersyukur saya mempunyai teman serumah yang sangat sangat baik dan caring dan ceria dan helpful dan bermoral.
18. saya bersyukur dapat mengenali dan dapat terus bersama hingga kini dengan ili kamila mokhtar binti ihsan
19. saya bersyukur saya mempunyai kawan istimewa seperti wan halimahtun saadiah
20. saya bersyukur dengan kehadiran semua kawan-kawan saya dalam hidup ini.
21. saya bersyukur saya dapat memelihara kucing sewaktu cuti musim panas yang lepas, buyong.
22. saya bersyukur saya tiada masalah kewangan.
23. saya bersyukur saya tinggal di 28, treorchy street cardiff yang jaraknya ke uni hanyalah 7-8 minit.
24. saya bersyukur saya sangat gemar makan cereal dan susu.
25. saya bersyukur saya seorang yang mempunyai sweet tooth dan deria rasa saya masih sempurna.
26. saya bersyukur dengan koleksi tudung saya yang agak banyak.
27. saya bersyukur saya tidak mempunyai teman lelaki
28. saya bersyukur tinggal di malaysia, tanah air tercinta.
29. saya bersyukur saya akan ke egypt winter ini.
30. saya bersyukur Allah mengurniakan saya blog ini
31. saya bersyukur nama saya Anis Liyana yang membawa maksud teman yang mesra dan lembut.
32. saya bersyukur tarikh lahir saya jatuh pada bulan julai iaitu pada cuti musim panas dan dapat disambut bersama ahli keluarga
33. saya bersyukur rumah saya di tengganu sangat selesa didiami
34. saya bersyukur saya dan kelurga tiada hutang yang tidak mampu dilunaskan
35. saya bersyukur keluarga saya tiada hubungan dengan lintah darat atau along-along
36. saya bersyukur saya tiada minat yang mendalam untuk bersosial
37. saya bersyukur terengganu mempunyai pantai dan keadaan trafiknya tidak memeningkan dan segalanya murah dan mencukupi.
38. saya bersyukur saya gemarkan buku
39. saya bersyukur saya mempunyai dua baju sutera pada raya tahun ini kerana itu baju sutera saya yang pertama
40. saya bersyukur saya sentiasa ada keinginan untuk membaiki diri
41. saya bersyukur hero-hero dalam hidup saya adalah Rasulullah, Umar, Abdullah Umar, imam Ghazali dan para sahabat, bukannya micheal jackson mahupun david beckham.
42. saya bersyukur masih dapat sembahyang 5 waktu sehari semalam
43. saya bersyukur saya bertudung
44. saya bersyukur saya sudah mempunyai lesen memandu walaupun belum benar-benar menggunakan skill memandu
45. saya bersyukur saya mengambil biology sebagai degree.
46. saya bersyukur masih dapat meneruskan pelajaran ke tahun kedua degree
47. saya bersyukur abang saya tinggal di jakarta dan saya dapat melawatnya di sana
48. saya bersyukur batuk saya sudah semakin sembuh
49. saya bersyukur saya ada sekumpulan kawan british yang baik dan sudi menerima saya.
50. saya bersyukur wajah saya biasa-biasa sahaja dan tidak seperti artis-artis. kerana mungkin kalau wajah saya secantik artis, saya akan mudah melupakan Tuhan.
51. saya bersyukur perut saya masih sihat dan dapat mencerna makanan.
52. saya bersyukur dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara dan ke cardiff yang aman damai
53. saya bersyukur teknologi yang ada memudahkan saya menghubungi sesiapa sahaja
54. saya bersyukur saya tidak pandai berenang apatah lagi scuba diving kerana bajunya terlalu ketat
55. saya bersyukur keluarga saya tidak terlalu cintakan dunia. cinta. tapi tidak keterlaluan.
56. saya bersyukur ibu bapa saya tidak gemar travel kerana jika tidak saya akan risaukan mereka.
57. saya bersyukur walaupun saya seorang yang sentiasa penat-penat dan gemar berada di rumah, saya adalah seorang yang homey dan tidak terlibat dengan mat rempit, clubbing, berpeleseran. nauzubillah.
58. saya bersyukur laptop saya yang berumur 3 tahun masih elok digunakan
59. saya bersyukur masih menggunakan telefon bimbit tua berusia 3 tahun.
60. saya bersyukur saya seorang yang tidak terlalu mengejar trend.
61. saya bersyukur saya agak berkira- kira dalam berbelanja.
62. saya bersyukur saya tidak boleh hidup dalam bilik yang terlampau bersepah
63. saya bersyukur tidak melanjutkan pengajian sekolah menengah ke mrsm dan dapat terus berada di rumah hingga habis persekolahan.
64. saya bersyukur abang dan kakak-kakak saya berjumpa pasangan yang membahagiakan.
65. saya bersyukur mempunyai teman serumah yang mudah diajak ke majlis agama
66. saya bersyukur hidup saya simple simple sahaja.
67. saya bersyukur saya mempunyai short term memory dan mudah melupakan perihal orang lain(gosip-gosip etc)
68. saya bersyukur ibu dan bapa saya tiada bermusuhan sesama adik beradik
69. saya bersyukur saya mempunyai ramai sanak saudara terutamanya di terengganu
70. saya bersyukur kami adik beradik rapat dan mesra.
71. saya bersyukur adik beradik saya sentiasa terbuka untuk memberi dan menerima nasihat agama.
72. saya bersyukur saya mempunyai tahap penguasaan bahasa inggeris yang average.
73. saya bersyukur saya mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pembaca blog yang setia.
74. saya bersyukur saya mempunyai keluarga usrah yang istimewa di cardiff..
75. saya bersyukur saya ada minat memasak walaupun tidak sentiasa memasak.
76. saya bersyukur saya tidak colour blind
77. saya bersyukur degree course saya menimbulkan rasa takjub dan kagum terhadap Allah.
78. saya bersyukur saya mempunyai rasa berdosa.
79. saya bersyukur Allah kurniakan saya perasaan mengingat mati dan akhirat walaupun perasaan itu tidak constant bahkan tenggelam timbul.
80. saya bersyukur bahawa saya dikurniakan nikmat yang terlalu banyak.
81. saya bersyukur saya mengakhiri list ini dengan pengetahuan dan kesedaran bahawa masih terlampau banyak nikmat yang tidak tertulis dan perlu saya syukuri.

*Thank you Allah*

selamat bersyukur semua..!

Thursday, 13 November 2008

I'm a biologist and a happy one at that *insyaAllah*

in the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful..

senyum..! :)

hehe...this entry is meant to be ceria-ceria and santai-santai...

firstly, i noticed that my blog is linked to this one blog...
and I am categorized under 'mathematician'
hmm...
thanx a lot for putting up a link for me...
but unfortunately I'm not a mathematician...
I'm a b-i-o-l-o-g-i-s-t :D
and a very proud(read:bangga but not riak ujub takabur) one at that...
and a happy one as well....

suke ah...
working with nature is just my cup of hot chocolate...
I love biology*insyaAllah.insyaAllah.*...and I love 2nd year*Alhamdulillah.Alhamdulillah.*
heh~
so far I've dissected locust and earthworm...
went looking for woodlice, slugs and earthworm on a hill...
doing experiments on fungi*fungi ade perang-perang between them,combatting one another...you know?*
watching short clips on snails, worms...[it's not boring I tell you]
etc etc etc...
workloads?banyakla jugak...but then, life is not worth living without workloads ayte?
I remember reading somewhere that the best day in your life isn't the day when u practically sit around and do nothing... but the best day is when you've accomplished so much...getting lots of work done...
*I couldn't agree more*

oh, anyway to kak chik who sent me a text message saying good night...
sorry for not replying your text message..was bit bz yesterday...
so here's my wishes for you :
*morning kakak~
~nite kakak*
* i love u kakak..!
:)

and to another kakak...
I've bought you *the book*
the one that you requested recently...
the one that u requested with 'nakkkkkkkkk'...'nakkkkkkk'....
:)

I wish a pleasant and productive friday to everyone
try to do as much g-o-o-d-n-e-s-s and restrain from any
l-a-g-h-o-n-e-s-s or b-a-d-n-e-s-s

love, Anis/Liya.